BENGKEL HALATUJU DAN MEMPERKASA PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM 2022
PPAUPM telah menganjurkan Bengkel Halatuju dan Memperkasa Persatuan Pegawai Akademik UPM 2022 pada 21 Disember 2022 di Youth Arena IPSAS, UPM. Bengkel ini bertujuan untuk merangka pelan halatuju PPA serta perancangan aktiviti untuk Kalendar 2023 serta untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan bersama dengan wakil fakulti. Seramai 25 orang wakil fakulti dan exco telah hadir pada bengkel ini yang telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, UPM.