| PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM
senarai pengumuman terkini

Persatuan Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia (PPAUPM) dengan kerjasama Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar UPM serta Biotropics Malaysia Berhad akan menganjurkan Program Denai PPA – Biotropics@SISFEC 2.0 di bawah inisiatif Program Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM).

Bertemakan “Hargai Hasil Hutan, Hijaukan Masa Depan”, program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga universiti, pelajar, serta komuniti mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui aktiviti berasaskan hutan dan denai. Selain itu, ia juga membuka peluang kolaborasi antara pihak akademik, industri, dan komuniti dalam usaha menjaga kelestarian hutan dan biodiversiti.

Butiran program adalah seperti berikut:

📅 Tarikh: 15 November 2025 (Sabtu)
🕣 Masa: 8.30 pagi
📍 Tempat: Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH), Puchong
(Sultan Idris Shah Forestry Education Center, SISFEC)

Tentatif program boleh dirujuk melalui poster dan pautan yang disediakan. Bas turut disediakan untuk peserta.

👉 Semua ahli PPAUPM adalah dialu-alukan untuk menyertai program ini. Bagi yang berminat menyertai program ini, sila sahkan kehadiran dengan mengisi borang berikut sebelum atau pada 7 November 2025:
🔗 Borang Kehadiran

PPAUPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan penyertaan anda.

 

 

Bersempena dengan sambutan Bulan Akademia 2025, Persatuan Pegawai Akademik UPM (PPAUPM) dengan kerjasama Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan Akademik (CADe-Lead) akan menganjurkan sebuah program santai iaitu:

🎉RIUH RIA SUKAN WARISAN & RAKYAT BERSAMA PPAUPM ðŸŽ‰

📅Tarikh: 24 Oktober 2025 (Jumaat)
🕒Masa: 3.00 – 5.00 petang
📍Tempat: Foyer Fakulti Perubatan Veterinar, UPM


Antara sukan dan permainan yang akan dijalankan adalah:
1. Batu Seremban
2. Congkak
3. Dam Haji
4. Tengteng
5. Baling Guli
6. Baling Selipar
7. Baling Tin


Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara ahli PPAUPM melalui aktiviti sukan tradisional yang menyeronokkan dan penuh nostalgia. Sehubungan itu, semua ahli PPAUPM dijemput untuk hadir dan menyertai program tersebut.

Bagi memudahkan urusan penyertaan, mohon semua ahli yang berminat untuk mendaftar melalui pautan Google Form berikut sebelum 22 Oktober 2025:
https://forms.gle/EPxSKXsmzLFp2d6k8
Persatuan Pegawai Akademik UPM (PPAUPM) menjemput semua ahli yang berminat untuk menyertai The 5th International Conference on Research and Development (ICORAD 2025) yang akan dianjurkan dengan kerjasama antara Persatuan Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia (PPAUPM), Asosiasi Dosen PKM Indonesia (ADPI) , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Butiran program adalah seperti berikut:

 ðŸ“…Tarikh    : Sabtu, 8 November 2025
 ðŸ•—Masa     : 8.00 pagi – 7.00 petang
 ðŸ“Tempat  : Fakulti Perubatan Veterinar, UPM
 ðŸŽ¯Tema     : Transformative Multi-Disciplinary Research and Innovation: Driving Sustainable Development Goals (SDGs) in the Society 5.0 Era


Ahli PPAUPM yang hadir akan dapat menikmati yuran penyertaan eksklusif sebanyak RM100 sahaja. Maklumat lanjut mengenai ICORAD 2025 boleh dirujuk pada poster yang dilampirkan.

Bagi ahli yang berminat, pendaftaran boleh dibuat melalui kod QR di dalam poster atau pautan berikut:
🔗  Borang Pendaftaran ICORAD 2025

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-46 & SAMBUTAN JUBLI EMAS PPAUPM

Persatuan Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia (PPAUPM) dengan sukacitanya menjemput semua ahli untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-46 PPAUPM yang akan diadakan bersekali dengan Sambutan Jubli Emas PPAUPM sempena ulang tahun ke-50 penubuhan persatuan sejak tahun 1976.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

📅 Tarikh: 10 April 2026 (Jumaat)
🕑 Masa: 2.30 petang
📍 Tempat: L’apprenti, Universiti Putra Malaysia

Borang Pengesahan Kehadiran, Borang Usul dan Borang Cadangan Aktiviti boleh diisi secara online melalui pautan berikut sebelum 3 April 2026: https://forms.gle/mTVanjKwNrWjeZcj6

Tentatif majlis boleh dirujuk di dalam pautan yang sama.

Sehubungan itu, semua ahli PPAUPM dijemput hadir bagi sama-sama menyertai Mesyuarat Agung Tahunan serta memeriahkan sambutan Jubli Emas yang penuh bermakna ini. Kehadiran dan sokongan semua ahli amat dihargai.

Terima kasih.

PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
-
-
X, (03:21:33am-03:26:33am, 10 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]