Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat PPAUPM | PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM
» ARTICLE » Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat PPAUPM

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat PPAUPM

Sukacita dimaklumkan, Persatuan Pegawai Akademik (PPAUPM) dengan kerjasama Persatuan Pentadbir (PPUPM), Kesatuan Kakitangan Sokongan UPM Kampus Bintulu (KEPEKASA) dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat secara virtual pada 8 Julai 2021 (Khamis), jam 9.00 malam menggunakan pautan Zoom dan secara Live di Facebook Uniputra.

Majlis ini bertujuan memohon kemudahan untuk para pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan akhir serta memohon kesejahteraan seluruh warga UPM dalam mendepani cabaran semasa termasuklah ancaman pandemik COVID-19.

Majlis telah dipengerusikan oleh Ybhg. Ir. Dr. Mohammad Effendy Yaacob, salah seorang Exco PPA. Bacaan Yasin dan doa telah dipimpin oleh Ybhg. Tuan Hj. Mat Razi Abdullah, Pengarah Pusat Islam UPM.  Terdapat slot pengisian ilmiah oleh YBhg. Prof. Dr. Alyani Ismail dengan bingkisan bertajuk "Covid-19 Cabaran Mengurus di Kampus: Teman Tak Mesra".

Majlis ini telah mengumpulkan barisan tertinggi pengurusan universiti termasuklah Ybhg. Prof. Naib Canselor. Beliau turut menyampaikan ucapan di akhir majlis ini berlangsung. Majlis telah dihadiri oleh barisan eksekutif PPA, serta wakil-wakil fakulti. Seramai lebih 200 kakitangan akademik, bukan akademik dan pelajar telah hadir di atas talian.

Bagi pihak jawatankuasa pelaksana,  sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang turut serta menjayakan majlis ini. Semoga majlis ini mendapat keberkatan dari Nya. Berikut dilampirkan poster dan gambar sepanjang majlis berlangsung. Terima kasih.

Date of Input: 14/07/2021 | Updated: 14/07/2021 | ferdius

MEDIA SHARING

PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
-
-
SXEaAAO~