Program Tai Chi Tranquility Anjuran PPAUPM Dan CADe-Lead | PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM
» BERITA » Program Tai Chi Tranquility anjuran PPAUPM dan CADe-Lead

Program Tai Chi Tranquility anjuran PPAUPM dan CADe-Lead

Serdang, 25 Oktober – Persatuan Pegawai Akademik UPM (PPAUPM) dengan kerjasama CADe-Lead UPM telah menganjurkan  aktiviti riadah kesihatan “Tai Chi Tranquility” sempena Bulan Pendidik 2024. Program telah diadakan di Foyer Bangunan Canselori Putra UPM bermula pada pukul 4.00 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang. Program ini telah dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada Exco PPAUPM, ahli PPAUPM, staff CADe-Lead dan ahli  Helwa Sierra 9, Bandar Baru Bangi. Program ini selain daripada memeriahkan sambutan bulan Pendidik, ianya juga dapat memberikan peluang kepada warga UPM untuk beriadah melakukan aktiviti kecergasan dan kesihatan.
 
PPAUPM dan CADe-Lead merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Puan Hafiza Husna Tain Binti Abdullah yang juga merupakan alumni dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM di atas kesudian beliau mengetuai aktiviti Tai Chi.
 
PPAUM dan CADe-Lead UPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kepada seluruh warga UPM di atas  sokongan dan kehadiran sepanjang program dilaksanakan.
 
 
 

Tarikh Input: 30/10/2024 | Kemaskini: 30/10/2024 | ferdius

PERKONGSIAN MEDIA

PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
-
-
X, (01:45:44am-01:50:44am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]