Program “Uwan… PPA Masuk Kampung” | PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM
» BERITA » Program “Uwan… PPA Masuk Kampung”

Program “Uwan… PPA Masuk Kampung”

MASJID TANAH, MELAKA, 12-14 September 2025 – Persatuan Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia (PPAUPM) dengan kerjasama komuniti Kampung Paya Lebar telah menganjurkan Program Jaringan Komuniti dan Masyarakat (JINM) bertajuk “Uwan… PPA Masuk Kampung” selama tiga hari bermula 12 hingga 14 September 2025.

Program ini bertujuan memperkukuh hubungan antara warga akademik UPM dengan masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan, sosial dan kemasyarakatan.

Sepanjang 3 hari penganjuran, lima slot utama telah dilaksanakan iaitu:

  • “Uwan… PPA masuk sungai” (aktiviti menerokai sungai dan melihat pemuliharaan alam sekitar),
  • “Uwan… PPA pegang kuali” (aktiviti perkongsian demo masakan bersama komuniti),
  • “Uwan… PPA kongsi ilmu” (sesi perkongsian pengetahuan dan kepakaran),
  • “Uwan… PPA bakar-bakar” (aktiviti santai bersama penduduk), dan
  • “Uwan… PPA bersih kampung” (aktiviti gotong-royong Masjid At-Taqwa, Kampung Paya Lebar)

Presiden Persatuan Pegawai Akademik UPM, YBhg. Prof. Jalila Abu berkata, penganjuran program ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara warga akademik dan komuniti, malah memberi peluang kepada ahli akademik UPM untuk menyumbang kepakaran, idea serta tenaga kepada masyarakat.

Pihak PPAUPM turut merakamkan ucapan penghargaan khusus kepada Pengerusi dan Imam Masjid At-Taqwa, Kampung Paya Lebar atas kerjasama, sokongan dan sambutan mesra yang diberikan sepanjang program berlangsung. Tanpa sokongan padu daripada pihak kepimpinan kampung dan institusi masjid, program ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

PPAUPM berharap agar inisiatif sebegini dapat diteruskan dan diperluas pada masa hadapan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

 

Tarikh Input: 03/10/2025 | Kemaskini: 03/10/2025 | ferdius

PERKONGSIAN MEDIA

PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
-
-
X, (01:42:35am-01:47:35am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]