BENGKEL HALATUJU DAN MEMPERKASA PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM 2022 | PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM
» ARTICLE » BENGKEL HALATUJU DAN MEMPERKASA PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM 2022

BENGKEL HALATUJU DAN MEMPERKASA PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM 2022

PPAUPM telah menganjurkan Bengkel Halatuju dan Memperkasa Persatuan Pegawai Akademik UPM 2022 pada 21 Disember 2022 di Youth Arena IPSAS, UPM. Bengkel ini bertujuan untuk merangka pelan halatuju PPA serta perancangan aktiviti untuk Kalendar 2023 serta untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan bersama dengan wakil fakulti. Seramai 25 orang wakil fakulti dan exco telah hadir pada bengkel ini yang telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, UPM.

 

Bengkel ini telah dimulakan dengan sesi perkongsian 1 iaitu daripada Encik Ludinata MisnunTimbalan Pengarah, Centre of Entrepreneurial Development & Graduate Marketability UPM berkenaan dengan “Aura Kepimpinan Melalui Penampilan” . Manakala sesi perkongsian ke-2 adalah daripada Profesor Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit, Tokoh Akademia 2022, iaitu merupakan Profesor di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Fakulti Kejuruteraan, UPM dengan tajuk perkongsian; “Akademia Cemerlang: Stress kah Anda?”.

 

Date of Input: 22/08/2023 | Updated: 22/08/2023 | ferdius

MEDIA SHARING

PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
-
-
SXFFXAd~