PROGRAM DENAI PPA@SISFEC | PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM
» ARTIKEL » PROGRAM DENAI PPA@SISFEC

PROGRAM DENAI PPA@SISFEC

Program Denai PPA di Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH), Puchong ataupun juga dikenali sebagai Sultan Idris Shah Forestry Education Center (SISFEC) merupakan acara yang julung kali diadakan tahun ini. Pengarah program ini ialah Prof. Mohd. Hasmadi Ismail, yang merupakan Exco PPA, Professor di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar. Program ini turut dianjurkan secara bersama dengan Malaysian Nature Society yang diwakilkan oleh Prof. Dr. Ahmad Ismail. Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli serta menjadi satu wadah untuk memberikan kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam semulajadi.

 

Hutan Simpanan Kekal yang dianugerahkan kepada UPM melalui perjanjian jangka Panjang ini berkeluasan 1182.07 hektar yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan, penyelidikan dan pengembangan di dalam bidang perhutanan. Kutipan sumbangan untuk program ini turut diadakan dan telah mendapat sumbangan dari ahli sebanyak RM 460.

Tarikh Input: 22/08/2023 | Kemaskini: 22/08/2023 | ferdius

PERKONGSIAN MEDIA

PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
-
-
SXEcLAc~