Luncheon Talk Bersama YBhg. Dato’ Zuraidah Atan | PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM
» BERITA » Luncheon Talk bersama YBhg. Dato’ Zuraidah Atan

Luncheon Talk bersama YBhg. Dato’ Zuraidah Atan

Serdang, 14 Ogos 2025 – Persatuan Pegawai Akademik UPM (PPAUPM) telah menganjurkan majlis Luncheon Talk bertemakan “Sharing Session on Bridging Challenges in the Corporate and Academic Worlds” yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Zuraidah Atan, Adjunct Professor di School of Business and Economics (SBE), Universiti Putra Malaysia.

Majlis yang berlangsung di L’Apprenti Restaurant, Universiti Putra Malaysia ini menyediakan platform interaktif bagi para peserta untuk berkongsi pandangan dan pengalaman dalam menjembatani cabaran antara dunia korporat dan akademik.

PPAUPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ Zuraidah Atan atas perkongsian yang penuh inspirasi, serta kepada semua ahli PPAUPM yang hadir memeriahkan majlis. Program ini sekali lagi membuktikan kepentingan dialog antara akademia dan industri dalam membentuk perspektif serta strategi kerjaya yang lebih holistik.

Tarikh Input: 10/10/2025 | Kemaskini: 10/10/2025 | ferdius

PERKONGSIAN MEDIA

PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
-
-
W, (02:59:01pm-03:04:01pm, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]