Program Jerayawara PPAUPM KPI Vs KIP: Kesejahteraan Ahli? | PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM ppa
» BERITA » Program Jerayawara PPAUPM "KPI vs KIP: Kesejahteraan Ahli?"

Program Jerayawara PPAUPM "KPI vs KIP: Kesejahteraan Ahli?"

SERDANG - Program Jerayawara anjuran PPAUPM bertajuk "KPI vs KIP: Kesejahteraan Ahli?" telah dijalankan pada 11 Ogos 2026.
 
Jerayawara kali ini dihadiri ahli daripada Pusat Asasi, FBMK, SBE, FHAS, UCTC, FSTM, FPP, FK, FP dan FBSB. Kehadiran dan penglibatan aktif rakan-rakan telah membuka ruang perbincangan yang sangat bermakna, khususnya berkaitan sistem penilaian prestasi tahunan pegawai akademik yang melibatkan komponen KPI dan KIP.
 
Pelbagai pandangan, isu dan cadangan penambahbaikan telah dikemukakan. Antara perkara yang disentuh termasuk kesesuaian sasaran dan wajaran KPI mengikut skop tugas, kejelasan dan konsistensi penilaian KIP, keadilan dalam proses penilaian, pengiktirafan terhadap kepelbagaian sumbangan pegawai akademik serta keperluan menambah baik proses dan tadbir urus penilaian prestasi. Segala pandangan dan cadangan yang diterima melalui siri jerayawara ini akan dirumuskan dan dibawa kepada pihak berkaitan untuk perhatian dan pertimbangan selanjutnya.
 
Terima kasih kepada semua ahli yang telah meluangkan masa untuk hadir dan berkongsi pandangan.
 
 

Tarikh Input: 23/08/2026 | Kemaskini: 23/08/2026 | ferdius

PERKONGSIAN MEDIA

PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
-
-
X, (05:22:02pm-05:27:02pm, 09 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]