Mesyuarat Agung Tahunan Ke-44 PPAUPM | PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM
» BERITA » Mesyuarat Agung Tahunan ke-44 PPAUPM

Mesyuarat Agung Tahunan ke-44 PPAUPM

Pada Hari Jumaat, 8 Mac 2024 bermula jam 9 pagi telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Pegawai Akademik UPM (PPAUPM) kali yang ke 44, bertempat di L’apprenti Restaurant & Deli, Universiti Putra Malaysia (UPM). Mesyuarat ini telah dihadiri oleh exco-exco serta ahli-ahli PPAUM dan mesyuarat telah dirasmikan oleh Encik Muhazam Mansor, Pendaftar UPM. Terdahulu, majlis telah dimulakan oleh bacaan doa dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh Presiden PPAUPM, Prof. Dr. Jalila Abu sebelum pembentangan dari penceramah jemputan, Encik Mohd Redzuan bin Abdullah, Penolong Pengarah JHEKS Selangor. Kemudian, mesyuarat diteruskan dengan pembentangan penyata kewangan oleh bendahari PPAUPM, Dr. Hanny Zurina dan juga pembentangan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun 2023 dan perancangan aktiviti bagi tahun 2024 oleh setiausaha PPAUPM, Dr. Sharifah Norkhadijah. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 60 orang ahli PPAUPM secara fizikal dan dalam talian. PPAUPM menghargai kesudian ahli-ahli yang telah hadir untuk menjayakan AGM kali ini dan berharap akan terus mendapat sokongan dari warga PPAUPM di dalam aktiviti-aktiviti seterusnya yang akan dianjurkan.

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 18/03/2024 | Kemaskini: 18/03/2024 | ferdius

PERKONGSIAN MEDIA

PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
-
-
SXEdLAb~