Pandemik Bukan Penghalang Jalinan | PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM
» NEWS » Pandemik bukan penghalang jalinan

Pandemik bukan penghalang jalinan

SERDANG, 24 Jan – Pemimpin pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Eksekutif Mahasiswa Universitas Indonesia (UI) menganjurkan progam e-mobiliti antarabangsa secara atas talian yang disertai 24 pemimpin pelajar UPM dan 20 pemimpin pelajar UI.

Program kolaborasi itu dianjurkan bersama oleh Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tun Dr Ismail UPM, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains UPM, dan Kelab Mahasiswa Fizik UPM dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM dan Badan Eksekutif Mahasiswa UI.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu  berkata program itu adalah teras pengukuhan jalinan Malaysia-Indonesia dan selaras teras dan strategi yang digariskan di bawah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni iaitu pengantarabangsaan.

“Saya menggalakkan pelajar dari UPM dan UI untuk saling mengetahui bidang yang ditawarkan di institusi masing-masing supaya dapat meneruskan misi mobiliti dan dapat memahaminya secara lebih mendalam selepas pandemik COVID-19 berakhir,” katanya.

Beliau berkata melalui program itu, pelajar UPM dan UI boleh memahami sejarah, latar belakang, adat dan rumpun budaya kedua-dua negara.

Date of Input: 04/02/2021 | Updated: 04/02/2021 | ferdius

MEDIA SHARING

PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
-
-
SXEaOAl~